Cara Mengurangkan Sakit Slip Disc Tanpa Mengambil Steroid

Tuesday, April 25, 2017

Assalamualaikum WBT

Seram pulak bila memikirkan sakit belakang teruk yang kakNi alami selama ni adakah ada kaitan dengan slip disc? Betulkah asal sakit belakang je itu adalah slipped disc? Boleh buat lumpuh ke slipped disc ni? Apa rawatan untuk slipped disc? Kena bedah? Oh banyak pulak persoalan mencemaskan hati ni. Mintak dijauhkan Ya Allah.


Cerita bab tulang belakang ni teringat pulak 5 tahun lalu sewaktu abang sulung kakNi terlibat dalam kemalangan dan salah satu struktur tulang belakang hancur dan terpaksa dibedah diganti dengan implan. Ngeri rasa bila tengok bahagian skru dan alat-alat implan yang cecah harga Rm13k waktu tu. 

Selepas operate..Allahuakbar tak sanggup nak tengok kesakitan yang abang lalui bila bius dah habis. Berkali-kali tekan ubat tahan sakit. Meracau abang menahan sakit. Bayangkan bedah tulang belakang tu...so korang baik jaga-jaga kalau ada alami sakit belakang supaya tak berisiko dapat slipped disc. 

Slipped disc atau disc tergelincir adalah suatu keadaan yang tak pernah kakNi amik berat pun selama ni. Dengar tu adalah sebab rasanya ada rakan ofis dulu pernah operate sebab slipped disc ni. Hasil dari perkongsian di web Malaysian Medical Gazette, kakNi kongsikan di sini untuk panduan kakNi sendiri jugak. 

Slipped disc merujuk kepada bahagian disc atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang.


Punca-punca Slipped Disc

1) Trauma - contohnya pesakit pernah jatuh terduduk, mengalami kemalangan jalan raya dan sebagainya.

2) Pesakit mengangkat bebanan yang berat contohnya semasa dalam bekerja atau mendukung anak dalam tempoh yang lama.

3) Tidak menjaga postur tulang belakang semasa duduk atau semasa mengangkat barang. Posisi membongkok akan membuatkan disc menekan saraf di belakang.

4) Duduk terlalu lama contohnya pemandu lori atau bas yang duduk berjam-jam lamanya kerana memandu

5) Sukan mengangkat berat

Kenali Simptom Slipped Disc

Individu yang mengalami slipped secara umumnya akan datang dengan rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung, peha dan kadang kala betis. 

Dalam kes yang teruk mungkin juga akan kehilangan kekuatan pada otot kaki dan mengalami rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua kaki. Tahap yang lagi serius mungkin juga tidak lagi mampu mengawal kencing dan tercirit.

Supplement Yang Disyorkan Untuk Mengurangkan Sakit Slipped Disc

Syukur alhamdulillah selepas mengambil Ostematrik tablet kalsium dan kolagen. Sakit belakang kakNi mula menghilang. Suatu nikmat yang tidak dapat digambarkan. 

Kita tengok apa kata mereka yang telah menderita alami slipped disc dan memberikan feedback positif atas sakit masing-masing.

Apa kata mereka #1


Apa kata mereka #2


Apa kata mereka #3




Jika korang ada alami sakit belakang yang berpanjangan elok segera dapatkan pemeriksaan doktor untuk tindakan lanjut. Ingat! Supplement Shaklee bukan ubat untuk merawat tetapi lebih kepada penambahan nutrisi dalam badan untuk mengekalkan kesihatan.

Untuk sebarang konsultasi dan pertanyaan kakNi boleh dihubungi di talian ini :

Sms/Whatsapp :0137773122 
http://kakni.wasap.my
COD : Wangsa Maju Keramat AU

Atau untuk pembelian Vivix secara online klik di link esell kat bawah ni :




You Might Also Like

0 comments

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *