Profil

TENTANG PEMILIK BLOG

Assalamualaikum WBT

Salam sayang semua, saya SITI ROHANI BINTI MOHAMAD YUSOFF berusia 35 tahun. Nama panggilan alam maya ANIEY YUSOFF. Seorang isteri dan ibu kepada 2 putera dan 2 puteri.


Pengedar Shaklee Wangsa Maju Keramat AU
Putera Dan Puteri 

Bagaimana bermula dengan Shaklee? Semuanya bermula dari pencarian alternatif membantu proses penyusuan, membantu anakanda tercinta anak sulung Amirah Alyaa untuk pulih dari asma dan mencari nutrisi untuk anak kedua Affan yang picky eater dan kurus kering.

Dah anak 2 orang tapi kecewa bila tak dapat menyusukan anak secara eksklusif atas sebab kekurangan ilmu dan kurang keyakinan diri. Jadi bertekad untuk menyusukan anak secara eksklusif untuk anak seterusnya.

Anakanda Amirah pula sejak diusia 4 tahun kerap kena serangan asma. Hingga satu tahap dalam sebulan 2,3 kali ke klinik untuk nebulizer dan ubat. Sampai satu tahap saya berfikir sampai bila untuk berterusan begini. Kesian anak saya terpaksa hadapi semua ni. Bergantung dengan ubat-ubatan. Jadi saya tekad Amirah kena kuat sistem imunnya supaya tak mudah kena serangan asma dan cepat jatuh sakit.

Affan anak no 2, seorang yang picky eater iaitu memilih makan. Punya la susah nak bagi dia makan, buat tu buat ni tak maunya makan jugak. Kurus kering sampai satu tahap doktor kata Affan kurang zat besi.

Semuanya bermula dari set penyusuan dari anak ketiga sampailah lengkap kepada set asma dan set nutrisi untuk kanak-kanak. Alhamdulillah semuanya menunjukkan kesan yang sangat-sangat positif.

Dari zaman belajar KakNi sangat gemar belajar tentang ilmu kesihatan. Dan bercita-cita untuk menjadi seorang saintis. Berkelulusan Ijazah Sains Biokesihatan UM. Namun rezeki Allah temukan dengan Shaklee dan belajar di 'Universiti Shaklee'. Banyak ilmu tentang kesihatan dan kehidupan KakNi dapat dari bisnes Shaklee.

Sekarang bekerjaya dari rumah dengan berkongsi segala ilmu kesihatan kepada seluruh masyarakat dengan platform media sosial tanpa abaikan keluarga. 

Alhamdulillah inilah percaturan Allah mengenai rezeki dalam pendapatan dan kesihatan ahli keluarga. Semoga Allah terus melimpahkan rezeki kesihatan buat kami sekeluarga.

KakNi sangat mengalukan para ibu, bapa atau sesiapa sahaja untuk hadir menjadi sebahagian keluarga Shaklee dan menjana pendapatan bersama Shaklee. Kesihatan yang amat mahal yang kita akan hargai apabila sakit.

Syukur Alhamdulillah atas segalanya.

Salam Sayang Dan Ukhwah,
Aniey Yusoff

Hubungi Aniey

Name

Email *

Message *